Punca Pesawat MH370 Hilang Dari Radar Sudah Terbongkar?
Kehilangan pesawat MAS MH370 dalam perjalanan ke Beijing masih lagi
kekal sebagai misteri. Setakat ini berbagai-bagai komentar diberikan
tetapi semuanya buntu kerana tidak ada satu penjelasan yang munasabah
dapat diberikan.
Penjelasan yang diberikan oleh semua pakar penerbangan dari segi
pengendalian, kejuruteraan dan penerbangan juga tidak dapat menemui
sebab yang dapat menjelaskan bagaimana pesawat itu ghaib secara
tiba-tiba sehingga langsung tidak dapat dijejak.
cSebelum kita meneliti lebih lanjut, sekalung tahniah
diucapkan terhadap Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) kerana tidak
lalai menjalankan tugas menjaga negara walaupun tidak dapat melakukan
apa-apa kerana tidak mempunyai teknologi untuk mengatasinya.
Kemungkinan besar pesawat tersebut dirampas melalui pesawat AWACS.
AWACS merupakan teknologi ketenteraaan yang dibangunkan untuk USAF oleh
syarikat Boeing iaitu syarikat yang sama membina MH370.
Peranan utama AWACS ialah menjalankan pengawasan udara, arahan, kawalan
dan komunikasi sama ada untuk tujuan taktikal atau pertahanan.
Pesawat AWACS
Walaupun MH370 hilang dari radar awam tetapi ia masih dapat dikesan oleh
radar tentera selama sejam. Pesawat malang itu masih lagi berada dalam
jangkauan radar awam ketika ia tiba-tiba ghaib dan bukanlah kerana
transponder dimatikan.
Persoalannya apakah yang menyebabkan pesawat tersebut hilang dari radar awam tapi masih lagi dapat dikesan oleh radar tentera?
Ada yang menyatakan ia dirampas oleh hacker yang mengambil alih kawalan
data yang dipancar oleh satelit oleh teknologi Automatic Dependent
Surveillance-Broadcast (ADS-B) dan Aircraft Communications Addressing
and Report System (ACARS). Ia boleh dikendalikan menggunakan hanya
perisian ANDROID!
Tetapi manupulasi ini tidak dapat menghilangkan pesawat dari radar, ia
cuma dapat merampas pengendalian pesawat. Sebagaimana kita diberitahu
pesawat tersebut hilang dari semua radar awam tetapi masih lagi dikesan
oleh satelit tentera membuktikan bahawa ia pasti dirampas melalui
AWACS.
Seperti kejadian 9-11 dimana pesawat AWACS berada dikawasan kejadian
dikatakan memerhatikan kejadian ataupun boleh juga mengemudikan pesawat
untuk melanggar Twin Towers.
AWACS boleh menghentikan operasi radar sama ada awam atau tentera dengan
membatalkan isyarat yang dikeluarkan oleh radar. Inilah yang berlaku
ketika MH370 ghaib dalam radar pada ketinggian 29,500 ka.
Motif utama ialah pertelingkahan antara kuasa besar yang melibatkan
teknologi ketenteraan yang paling maju akan dibangunkan China.
Malaysia merupakan pusat elektronik termaju didunia, sebab itulah dua
kilang elektronik terbesar didunia iaitu Freescale dan AMD berpusat di
sini. Lebih daripada 20 orang pakar elektronik Freescale berada didalam
pesawat tersebut dan dikatakan untuk menjalankan latihan selama sebulan
di China.
Latihan apakah yang diperlukan jika semuanya adalah pakar dan umur sudah
melebihi 50 tahun, melainkan membangunkan sistem elektronik termaju
yang diperlukan oleh China untuk dibangunkan di tempat strategik di
China.
Kepentingan paling utama ialah tentera kita perlu memastikan bahawa
pihak kita dapat menemuinya walau dalam apa keadaan sekalipun untuk
menjaga kedaulatan negara sebelum diperolehi oleh pihak-pihak lain demi
kedaulatan negara!